Tuesday, January 27, 2009





LAGI GAMBAR YG BERJAYA DIRAKAM PADA MAJLIS SYURA TMN MESRA...............

Assalamulaikum rakan2 radio amatur.......................

Pada 2 minggu lepas,satu majlis membuat bubur asyura telah dijalankan dengan kerjasama rakan2 radio amatur Gua Musang bersama penduduk taman Mesra.Ramai rakan radio amatur dan penduduk taman mesra keluar menjayakan program ini......seawal pukul 7 pagi rakan keluar menolong...........kaum ibu bergotong royong megupas bawang dan sebagainya.........
Acara mengacau syura selesai pada tengah malam dengan 4 kawah syura......syura dibahagi kepada penduduk setempat dan rakan radio amatur lain....

Tuesday, August 19, 2008

Kenali Radio Amatur

PERIHAL RADIO AMATUR (HAM RADIO)

Radio Amatur (HAM Radio) adalah satu hobi di mana seseorang itu dapat berhubung dengan rakan yang lain secara individu atau berkumpulan di seluruh negara dengan menggunakan gelombang radio .Contohnya, anda berada di Kota Bharu, anda boleh berhubung dengan rakan-rakan radio amatur lain yang berada di Perlis, Kuala Lumpur atau Johor Bharu menggunakan frekuensi144mhz-148mhz secara percuma.Perhubungan ini dilakukan dengan menggunakan suara atau isyarat-isyarat lain seperti Kod Morse atau kaedah digital yang lain.Seseorang yang hendak menjadi pengendali radio amatur hendaklah lulus di dalam peperiksaan RAE (Radio Amateur Examination). Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen radio amatur.
Di Malaysia, pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amatur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. (MCMC).Bayaran lesen kelas A adalah RM 36.00 setahun manakala kelas B buat masa ini ialah RM 24.00 setahun Setiap pengendali radio amatur mempunyai kod panggilan atau callsign yang tersendiri. Di semenanjung Malaysia kodnya ialah 9M2 dan 9W2. Di Sarawak 9M8 atau 9W8 dan di Sabah 9M6 dan 9W6. 9M ialah lesen kelas A yang lulus RAE dan ujian morse code (CW) manakala 9W ialah lesen kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.Sebelum menjadi seorang pengendali radio amatur yang berlesen, seseorang itu dipanggil SWL (Shortwave Listener). Setelah lulus RAE dan mendapat lesen kelas B daripada MCMC barulah seseorang itu boleh memancar dan ber_QSO di udara.Sebagai panduan dan rujukan, Pengendali radio amatur boleh merujuk dokumen berikut:Download Guideliness for Amateur Radio Services in MalaysiaSuruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) seterusnya pada Mei dan November setiap tahun. Maklumat lanjut mengenai RAE bolehlah diperolehi dengan mengunjungi laman web MCMC dari semasa ke semasa.Bagi menambahkan pengetahuan dan minat berkaitan radio amatur, Laman web berkaitan boleh dirujuk:http://www.mcmc.gov.my/http://mares.org.my/http://www.astra.org.my/http://www.marts.org.my/